Klinik Naura

Vaccine Kanak-Kanak Dan Dewasa​

pengenalan

Kenapa Perlu Vaksin?

Ramai kurang sedar mengenai pentingnya pengambilan vaksin influenza setiap tahun yang terbukti berkesan menghindar virus berkenaan yang boleh membawa komplikasi kesihatan hingga meragut nyawa.

Suntikan vaksin influenza secara berkala dengan kekerapan sekali setahun mencukupi bertujuan meningkatkan sistem imun badan terutama bagi golongan berisiko.

Know More about vaccine

Get Vaccine, Get Healthier

Berikut adalah antara vaksin yang tersedia di Klinik Naura:

1

Hepatitis B

Antara mereka yang disarankan mengambil vaksin hepatitis B adalah mereka yang mempunyai ahli keluarga terdekat atau pasangan yang merupakan pesakit hepatitis B, kakitangan kesihatan yang terdedah kepada darah dan cecair badan pesakit di tempat kerja, kakitangan rumah orang-orang tua dan rumah kebajikan, dan pesakit diabetes, pesakit dialysis dan pesakit kronik hati (liver). Vaksin hepatitis B biasanya diberikan sebanyak 3 dos.

2

Typhoid

Vaksin typhoid perlu diambil oleh pengendali makanan, sama ada mereka yang bekerja di kedai makan, kilang makanan, penghantar foodpanda dan grabfood, atau mereka yang menyediakan makanan dari rumah untuk dijual. CDC (Center for Disease Control and Prevention) juga menyarankan vaksin typhoid diambil sebelum melawat negara seperti India, Pakistan dan Bangladesh. Suntikan vaksin typhoid diberi sebanyak satu dos dan perlu diperbaharui setiap 3 tahun.

3

Meningococcal

Vaksin meningococcal biasanya diberi pada mereka yang akan menunaikan haji dan umrah. Vaksin ini diberikan sebanyak satu dos, dan perlu diperbaharui selepas 5 tahun.