Klinik Naura

Imunisasi dan Check-up Bayi

pengenalan

Imunisasi bayi dan check up berkala

Bayi dan kanak-kanak berusia 0-6 tahun melalui perkembangan kemahiran pemikiran, tuturkata, emosi dan motor/pergerakan badan (developmental milestone) mengikut tahap umur tertentu. Mereka juga perlu dipantau dari segi berat badan, ketinggian dan saiz ukuran kepala. Sebab itu pentingnya check-up bayi dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Imunisasi adalah sangat penting malah diwajibkan pengambilannya demi menjaga kesihatan anak-anak kecil daripada penyakit berbahaya yang boleh membawa maut.

Terdapat jadual imunisasi kebangsaan yang telah tersedia dan semua ini perlu direkodkan dengan baik. Maklumat ini juga penting apabila anak kita masuk ke taska dan sekolah rendah.

Di Klinik Naura, kami membantu ibubapa untuk mendapatkan checkup berkala kanak-kanak dan imunisasi lengkap yang digariskan KKM. Malah, imunisasi tambahan yang disarankan untuk kanak-kanak seperti rotavirus, chickenpox dan influenza, turut disediakan.