Klinik Naura

Check-Up Kehamilan (2D/Detailed/5D)

2D | Detailed | 5D

Early Pregnancy Check-up & Detailed Scanning

Ada tak yang tak pasti apa beza detailed scan dan scan 5D? Mana satu yang perlu dibuat? Bila pula nak kena buat?

Scan detailed ni sebenarnya adalah scan 2D hitam putih macam anda selalu buat di KK, tetapi lebih terperinci, detailed, dan ada check list organ dan anggota yang perlu dilihat semasa scan.

Scan 5D pula ialah scan dalam imej 3 dimensi, dan imej yg dilihat adalah permukaan luar bayi. Maknanya macam kita tengok muka baby betul2. Scan ni tak ‘tembus’ nampak jantung, otak, dan organ-organ dalaman.

Jika ditanya mana satu yang lebih penting bagi tujuan perubatan, jawapannya detailed scan. Scan 2D biasa kadang2 tak dapat kesan masalah yang penting seperti jantung berlubang.

Jika ditanya mana satu scan yang lebih menyeronokkan, terutamanya anak-anak kita atau kita sendiri yang kadang2 memang jenis tak boleh faham apa yang dilihat dalam imej 2D hitam putih, maka jawapannya tentulah scan 5D.

our services

Kesejahteraan Anda adalah Prioritas Kami

Naura 2D

Scan 2D

Naura 2D

Detailed Scan

photo_2022-01-30 18.56.01

scan 5D