Klinik Naura

Buka Buku Mengandung Nauramom

pengenalan

buku buku pink nauramom

Tahniah buat anda yang telah disahkan hamil! Di Klinik Naura, buku pink atau buku rekod kesihatan ibu hamil boleh dibuat seawal 7 minggu kehamilan. Pada masa ini janin telah terbentuk dan denyutan jantung bayi telah dapat dilihat daripada scan.

Kenapa buka buku pink di Klinik Naura?

Klinik Naura

Kelebihan Eksklusif untuk Nauramom

Nauramom adalah panggilan eksklusif yang kami doktor dan staf Klinik Naura panggil pada ibu-ibu hamil yang buka buku pink dan check-up kehamilan dengan kami.

Apa kelebihan dan penjimatan pada Nauramom?

with 3 simple process

Proses buka buku pink

1

Understanding

Semasa lawatan kali pertama untuk buka pink, jururawat akan mengambil maklumat peribadi ibu, melakukan pemeriksaan yang merangkumi tekanan darah, berat badan, BMI, ujian darah lengkap pakej antenatal (kumpulan darah, FBC full blood count termasuk hb, hepatitis B, HIV, VDRL dan random blood sugar) serta ujian air kencing.

2

Record Checking

Doktor pula akan meneliti sejarah perubatan ibu dan sejarah kandungan lalu. Oleh itu, bagi ibu yang pernah melahirkan anak, anda diminta untuk membawa buku pink kandungan lalu semasa hari pembukaan buku pink Nauramom.

3

Arrangement

Waktu ini juga scan akan dilakukan bagi memastikan bayi sihat, menentukan saiz dan usia sebenar kandungan dan menetapkan tarikh jangka bersalin (EDD).

Kekerapan checkup mengandung Nauramom

Bagi kehamilan normal yang tiada masalah tertentu yang memerlukan perhatian lebih, kekerapan checkup adalah seperti berikut:

FAQs

Soalan Lazim Tentang Nauramom

Ya, puan boleh bersalin di hospital kerajaan tanpa masalah, kerana pemeriksaan dan ujian yang dilakukan di Klinik Naura adalah lengkap dan mengikuti prosedur standard seperti di klinik kesihatan kerajaan. Ramai pesakit kami yang telah bersalin di Hospital Kulim dan hospital-hospital kerajaan lain tanpa masalah.

Secara amnya, sekiranya puan membuat keputusan untuk check-up sepenuhnya di Klinik Naura, puan tidak perlu membuka buku di klinik kerajaan dalam masa yang sama. Tetapi, setelah bersalin puan wajib memaklumkan kelahiran di klinik kesihatan dengan membawa buku pink Klinik Naura dan meneruskan pemeriksaan postnatal ibu dan bayi di sana.

Selepas bersalin, puan perlu memaklumkan kelahiran di klinik kesihatan dengan membawa surat dari hospital selepas discaj dari wad, dan buku mengandung. Buat masa sekarang, Klinik Naura tidak menyediakan pemeriksaan kuning bayi dan lawatan susulan berkala sepanjang berpantang. Namun puan boleh dapatkan pemeriksaan doktor bagi masalah-masalah seperti berkaitan luka bersalin, bengkak susu, dan apa-apa masalah pada bayi.  

Ujian MGTT atau glucose tolerance test, adalah ujian di mana badan ibu akan di’challenge’ dengan minum bergula yang mengandungi 75g glucos. Tujuannya adalah untuk mengesan ibu yang mengalami kesukaran menurunkan kandungan gula yang tinggi dalam darah. Keadaan ini kebanyakannya disebabkan pengaruh perubahan hormon semasa hamil. Mengikut ‘guideline’ daripada KKM, ujian ini mesti dilakukan kepada semua golongan ibu yang berisiko.